News
SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT 2020.

Oct 15, 2020



Semalam bermulanya virtual expo SIBS2020 untuk selama 4 hari. Alhamdulillah, Erat Empayar dipilih antara 5 syarikat untuk booth premium di bawah Invest Selangor.

Untuk expo kali ini, kami hanya fokus kepada memperkenalkan produk minyak kelapa dara kerana expo ni lebih kepada F&B dan Halal.

Hari ini agak busy sedikit sebab pagi tadi kami diberi peluang untuk buat live streaming selama 1 jam di booth. Alhamdulillah, kami dapat melaksanakannya dengan berjaya.

Oleh kerana expo adalah bertaraf international, maka live streaming itu kami diadakan dalam Bahasa Inggeris. Senang nanti untuk buyers antarabangsa untuk mendatangi booth kami. Nasib baik juga kami ada slides dan video2 yang memang dalam Bahasa Inggeris untuk cukupkan sesi live streaming tu.

Video rakaman tu nanti kami akan upload ke YouTube Miss Elwani Channel untuk tontonan umum. Itu sebahagian dari KPI kami.

Hari ni booth dah mula dapat sambutan, enquiries pun dah mula masuk dan temujanji pun akan dijalankan dalam masa terdekat.

Kepada yang masih belum melawat virtual expo, boleh layari
Visitor Portal di www.selangorbusinesshub.my. Singahlah booth Erat Empaya Sdn Bhd nanti ya.


#MissElwani #MinyakKelapaDara #VirginCoconutOil #Halal #ColdPressed #VCO #BodyOil #Moisturizer #Supplement #Vegan #CrueltyFree #Natural #CoconutOil #MadeInMalaysia #Natural

Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com

DISCOUNTS!!!