News
MINYAK KELAPA DARA - PENEMUAN KHAZANAH AGUNG.

Oct 4, 2020




Minyak Kelapa Dara adalah sejenis minyak yang dihasilkan dari buah kelapa. Minyak Kelapa Dara merupakan minyak kelapa yang biasa digunakan oleh masyarakat Nusantara malah masyarakat dunia untuk tujuan masakana dan perawatan tubuh.

Buah kelapa yang digunakan untuk menghasilkan minyak ini adalah minyak kelapa biasa (cocos nucifera). Apa yang membezakan Minyak Kelapa Dara dan Minyak Kelapa Biasa adalah sifat – sifatnya, khasiatnya dan proses membuatnya.

Apa yang dikatakan ‘Dara’ itu adalah sifat minyaknya dan bukan buahnya. Buah kelapa yang digunakan adalah dari jenis buah kelapa biasa yang cukup tua samada dari jenis pokok kelapa ‘jenis tradisonal’ (Malayan Tall) ataupun dari kacukan seperti Kelapa Mawar atau Kelapa Matag dan lain – lain. Ianya bukan daripada ‘buah kelapa dara’, sebagaimana sebahagian daripada kita mungkin terfikir. Sebenarnya , tidak ada buah kelapa yang namanya Buah Kelapa Dara.

Minyak Kelapa Dara dihasilkan melalui proses Bio Teknologi iaitu tanpa menggunakan bahan kimia luar dan tidak melalui proses pemanasan sebagaimana proses yang biasa digunakan untuk menghasilakan minyak kelapa bagi kegunaan masakan. Ianya terhasil melaui proses ‘tindakbalas kimia’ yang semulajadi selepas ianya dibiarkan berinteraksi dengan unsur – unsur semulajadi.

Minyak Kelapa Dara adalah dihasilkan daripada kelapa segar. Ianya diproses terus dari santan yang diperah dari isi kelapa yang segar. Terdapat pelbagai cara dalam menghasilkan Minyak Kelapa Dara dan semuanya bersifat semulajadi atau natural. Antara proses yang biasa digunakan adalah melalui proses fermaentasi, penggunaan enzim alami, penyejukabekuan, proses putaran (centrifuge) dan juga proses pancingan.

Oleh kerana proses menghasilkan Minyak Kelapa Dara bukan melalui proses pemanasan pada tahap suhu yang tinggi dan tiada percampuran bahan kimia sebagaimana yang dilakukan pada minyak biasa, maka sifatnya minyak kelapa yang perawan atau asli nya tidak termusnah dan dapat dikekalkan.

Unsur – unsur yang amat berkhasiat dan mempunyai nilai – nilai perubatan serta kesihatan yang tinggi pada minyak kelapa tersebut tidak rosak kerana tiada pemanasan yang kuat berlaku dan tiada bahan kimia yang dicampur. Sifat – sifat asal minyak kelapa dara tersebut dapat dipertahankan, justeru itu ia dinamakan Minyak Dara (Virgin Oil).

Di Erat Empayar Sdn Bhd, kami inovasikan Minyak Kelapa Dara dengan 4 perisa iaitu BLACKCURRANT, STRAWBERYY, CREME BRULEE dan PASSSION FRUIT. Niat kami adalah untuk melihat lebih ramai orang menggunakan Minyak Kelapa Dara Miss Elwani sebagai minuman kesihatan harian.

Selain dari itu, oleh kerana baunya dan rasanya yang menarik, Minyak Kelapa Dara Miss Elwani boleh digunakan untuk luaran sebagai makeup remover, lotion, rawatan rambut atau hair treatment dan minyak urut atau massage oil.

Dapatkan Minyak Kelapa Dara Miss Elwani SEKARANG!!!!

PM saya di di http://wa.me/60193684465?text=minyak+kelapa+dara+berperisa

#MissElwani #MinyakKelapaDara #VirginCoconutOil #Halal #ColdPressed #VCO #BodyOil #Moisturizer #Supplement #Vegan #CrueltyFree #Natural #CoconutOil #MadeInMalaysia

Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com

DISCOUNTS!!!